BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan berkenaan anjing di jalanan yang pijak di jalan yang basah selepas hujan dan tayar kereta kita lalu di laluan sama.

Adakah perbasahan dari anjing di jalan tadi berpindah ke tayar, kalau ditayar tidak nampak apa-apa ain Najis seperti darah/taik, hanya basah sahaja ?

Adakah ini termasuk dalam umum al-balwa, kerana anjing ini sentiasa ada di luar rumah, kadang-kadang saya takut untuk keluar rumah selepas hujan. Jika termasuk dalam najis dimaafkan bagaimana jika saya pegang tayar tersebut yang masih basah, adakah berpindah najis yang telah dimaafkan. Bagaimana pula dengan kesan basah tayar yang masuk ke dalam porch rumah, kalau terpijak sebelum kering adakah berpindah najis.

Jika tayar ini lalu di jalan raya yang hujan rintik-rintik, bolehkah dikira telah mencuci tayar tersebut dan basahan yang ada di tayar tidak memindahkan basahan anjing yang dijalan tadi.? 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna dan rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Oleh itu, bagi persoalan yang tuan timbulkan dalam situasi tersebut tuan tidak perlu sertu tayar kereta tersebut hanya sekadar dibersihkan sahaja melainkan jika terdapat salah satu daripada tiga iaitu bau, rasa dan warna. Justeru, para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu :

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya : Asal bagi satu hukum adalah mengekalkan dia sepertimana hukum sebelumnya.

Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang yang jelas sama ada terdapatnya ain, warna atau rasa najis anjing tersebut maka ianya kekal suci. Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image