BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

saya nak bertanya tentang aqiqah..

anak sy meninggal 3 hari selepas dilahirkan..

hari kesepuluh kami buat keputusan untuk mengadakan majlis aqiqah...

tetamu yang dijemput hadir dan memberikan duit sedekah...

haram ke kalau tuan rumah ambil.. tuan rumah dah tolak tp tetamu cakap duit ni untuk sedekah melawat...

apakah hukum aqiqah tersebut.. sah atau tidak?

duit tu haram ke kalau digunakan?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika tetamu memberikan wang dengan syarat dan niat tertentu seperti ia mesti digunakan hanya untuk majlis atau keperluan tertentu, maka duit itu harus digunakan mengikut syarat yang diberikan. Namun jika wang tersebut diberikan secara umum sebagai sedekah melawat atau hadiah, maka ia menjadi hak penerima (tuan rumah) dan boleh digunakan untuk apa sahaja yang baik.

Penerimaan wang sama ada berupa sedekah ataupun hadiah tidak menjejaskan sah atau tidak ibadah aqiqah tersebut. Jika tuan rumah sudah menolak tetapi tetamu tetap mahu memberi dengan niat baik, maka tidak ada masalah untuk menerimanya. Ibadah aqiqah yang dilaksanakan tetap sah sekiranya mengikut syarat-syarat aqiqah yang telah digariskan oleh syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image