Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Bagaimana hukum pada seseorang anak susuan dari keluarga berpoligami? Apakah anak susuan itu mahram kepada madu bagi ibu susuannya seperti mahram dia dengan keturunan ibu susuannya itu? Mohon pencerhannya
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Hubungan anak susuan isteri dengan isteri suami adalah mahram mu`abbad (selamanya), apabila sudah berlaku akad perkahwinan antara ibu tiri dan bapa susuannyanya.
Sekian, terima kasih