BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

Empat hari yang lalu saya telah membersihkan peti beku yang mengandungi ikan dan daging.Saya meletakkan ikan dan daging itu di dalam besen dan selepas selesai mencuci saya dapati ada air di bawah besen itu dan saya risau yang air itu bercampur dengan darah dari ikan dan daging itu oleh itu saya hendak bersihkannya.Namun selepas menyedari bahawa sudah hampir waktu isya saya pergi solat dahulu dan selepas selesai solat saya lihat kawasan air tadi sudah dimop dan kering.Saya ingatkan ada orang sudah bersihkan air itu dengan kain.Keesokan harinya saya mengemop lantai di dapur saya dan anak saya memberitahu bahawa dia yang telah mengemop kawasan air daging dan ikan semalam.Adakah saya perlu mencuci semula lantai dapur saya kerana khuatiri dapur itu telah dicemari dengan air mutanajjis?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa suatu tempat atau permukaan menjadi najis jika yakin terdapat ain najis tersebut (warna, bau atau rasa). Bagi situasi anda, ketidakpastian status air yang berada di bahagian bawah besen tidak dapat menentukan sama ada ia sudah bercampur dengan darah daripada ikan dan daging tersebut ataupun tidak . Dalam hal ini, hukum tersebut kembali kepada perkara asal di mana sesuatu perkara dihukumkan atas dasar yakin. Justeru, bahagian bawah besen tersebut, mop yang digunakan serta lantai adalah suci. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image