BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum .. suami sy pernah bertaklik ( kalau sekali lagi sy curang atau menduakan awk melalui media sosial , jatuh awk talak 1) . Sekarang suami sy mengaku dia ada berkawan dengan perempuan ni HANYA KAWAN dan ada berhubung melalui media sosial. Tp dia ada perasaan SUKA terhadap perempuan tersebut . Dan waktu itu sy dalam mengandung .Adakah jatuh talak tersebut ? Dan kalau taklik tersebut jatuh,eddah dikira mcmana ? Boleh rujuk balik atau sy kena kahwin semula ? Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umum cerai atau talak taklik bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Apabila perkara tersebut berlaku, maka jatuhlah talak. Seperti ucapan suami: "kalau sekali lagi saya curang atau menduakan awak melalui media sosial, jatuh awak talak 1" atau sebagainya. Kesannya adalah bila suami melakukan kecurangan kepada isterinya, maka boleh menyebabkan jatuhnya talak. 

Adapun persoalan berkaitan tindakan suami puan berkawan dan suka dengan perempuan lain melalui media sosial, dan adakah ia termasuk dalam maksud curang atau sebagainya adalah merupakan bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk menentukan samada ia boleh dihukumkan jatuh talak atau sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan agar isu ini dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera supaya mendapat pengesahan yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti kerana pengesahan status talak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apatah lagi sekiranya timbul pertikaian antara pasangan atau mana-mana pihak samada tindakan yang berlaku itu boleh membawa jatuhnya talak atau sebaliknya. Setelah mahkamah menentukan talak jatuh atau tidak, barulah boleh ditentukan kedudukan tempoh iddah samada telah tamat atau tidak dan ia akan memberi kesan kepada samada pasangan boleh rujuk adan perlu bernikah semula.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 44

message user image