BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apakah sebutan yang betul untuk menjawab selawat kepada nabi Muhammad? 

Adakah wajib untuk kita menjawab selawat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, berselawat hukumnya sunat, ia amat digalakkan kerana besar fadhilatnya sebagai tanda kasih sayang kepada Baginda Rasulallah S.A.W, kerana ucapan selawat juga dilakukan oleh Allah S.W.T dan para malaikat seperti maksud ayat 56 Surah Al-Ahzab.

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Berselawat adalah suatu ibadah (zikir) yang boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Berselawat juga digalakkan ketika nama Baginda disebut dalam apa-apa ungkapan seperti namanya “Muhammad” atau “Rasulallah”.Oleh itu, mana-mana bentuk atau lafaz selawat boleh dibaca bagi menjawab selawat kepada Nabi Muhammad SAW

Selain itu Allah S.W.T akan memberi ganjaran berganda kepada sesiapa yang berselawat kepada kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W seperti kenyataan yang bermaksud “Sesiapa yang berselawat ke atas Aku sekali Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image