BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Si suami berkata. "Saya janji akan ceraikan awak esok" . Tapi keesokkannya dia tak buat perkara itu. Dan kami berbaik semula. Adakah jatuh talaknya. Boleh bagi pengesahan tak?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kata-kata suami "Saya janji akan ceraikan awak esok", ini adalah pernyataan berbentuk khabari (perkhabaran) atau makluman bahawa suami akan menceraikan isteri pada esok hari. Oleh kerana pada keesokannya dia tidak berbuat sedemikian, maka tidaklah jatuh talak. Suami dikira melanggar janji yang telah diikrarkannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 45

message user image