BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

1. Jika saya istinja dengan menggunakan tangan kiri saya untuk menyapu sabun dalam punggung saya, manakala tangan kanan saya saya suakan hos air ke punggung, adakah ia menyucikan? saya was was sama ada air itu jadi mustamal kerana bercampur dgn sabun

2. dulu saya was was yg teruk tetapi skrg Alhamdulillah saya sedang pulih. setiap kali kalau ada apa apa sahaja benda yg berkaitan dengan najis seperti istinja, saya mesti akan fikir dan fikir balik sama ada saya sudah suci dengan sempurna. kadangkala saya tidak perasan yang saya belum suci dengan sempurna, tetapi selepas itu baru saya dapati memang masih belum suci, dan saya akan bimbang kena bersihkan seluruh rumah. jadi dalam situasi saya seperti ini bolehkah saya anggap sebagai darurat dan dimaafkan najis itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Apabila najis telah dibasuh bersih sehingga hilang bau, warna dan rasa, maka ia telah dikira suci. Tambahan pula, air yang keluar daripada hos tersebut merupakan air mutlak yang menyucikan dan apabila dialirkan ke bahagian najis dan sabun, kedua-duanya akan hilang dan menjadi bersih.

2. Sekiranya diyakini masih belum suci, maka hanya perlu menyucikan bahagian yang jelas dilihat dan diyakini terkena najis sama ada terdapat tanda kenajisan dari sudut bau, warna dan rasa. Tidak perlu dibersihkan keseluruhan rumah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image