BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Sy ada beberapa perkara berkaitan pusaka.Ini berkenaan tanah pusaka.

Untuk makluman,kami ada tanah pusaka arwah atok bernama sharif.Arwah berkahwin lebih Dari seorang.

1.Untuk makluman,setelah kematian istri pertama bernama Nek Putih,Arwah sharif telah pulang berpindah ke tanah milik beliau bersama anak...,kemudian setelah beberapa lama arwah berkahwin semula dgn istri nya bernama Esah.Setelah esah melahirkan anak ke-5,mereka bercerai.

Soalan.

Adakah sah tuntutan harta sepencarian bg nek Esah oleh waris nek Esah memandangkan beliau tinggal kemudian ditanah itu setelah berkahwin?adakah ada pertimbangan memandangkan setelah Nek esah tinggal ditanah itu mengambilkira sumbangan Nek esah membersihkn kawasan rumah atau bercucuk tanam boleh dimasukkan dlm syarat sah harta sepencarian walaupun Nek esah tinggal selepas berkahwin.?

2.Setelah mereka bercerai selepas melahirkan anak ke-5,Nek esah telah berpindah semula ke tanah pusaka beliau.Kemudian Atok sharif mendapat tanah diberi oleh kerajaan.

 

Soalan

Adakah waris Nek Esah boleh menuntut harta sepencarian tanah itu yg diberi kerajaan selepas mereka bercerai?

Itu sahaja,sekia terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

1. Tuntutan harta sepencarian bagi Nek Esah ke atas tanah pusaka milik Arwah Sharif tidak sah, kerana tanah tersebut adalah harta milik arwah sebelum perkahwinan mereka. Harta sepencarian hanya melibatkan harta yang diperoleh bersama semasa tempoh perkahwinan. Walau bagaimanapun, sumbangan seperti membersihkan kawasan rumah atau bercucuk tanam boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah jika ada bukti yang menunjukkan bahawa sumbangan tersebut secara langsung meningkatkan nilai tanah tersebut. Namun, tanpa bukti kukuh tentang peningkatan nilai hasil usaha bersama, tuntutan harta sepencarian ke atas tanah pusaka itu kurang berasas.

2. Waris Nek Esah tidak berhak menuntut harta sepencarian ke atas tanah yang diberi kepada Arwah Sharif oleh kerajaan selepas perceraian mereka. Ini kerana harta sepencarian hanya melibatkan harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Oleh kerana tanah itu diperoleh selepas perceraian, ia dianggap sebagai harta persendirian Arwah Sharif dan tidak termasuk dalam kategori harta sepencarian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image