Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada satu persoalan. Saya menunaikan umrah pada tahun 2018 melalui salah satu agensi umrah yang terkemuka. Jemaah berlepas di KLIA tanpa mamakai ihram dan tidak perlu beniat umrah kerana telah diberi taklimat akan memasuki Madinah dulu dari airport Jeddah. Sampai di airport Jeddah kami menaiki bas terus ke Madinah.Setelah 5 hari di Madinah barulah ke Mekah semula dan berniat serta berihram di Bir Ali seterusnya ke Mekah. Timbul.persoalan saya adalah semasa penerbangan dari KLIA dan melintasi Qarn Manazil di udara dgn tidak berniat dan memakai ihram. Ustaz dam.Mutawif agensi tersebut memaklumkan tidak memgapa kerana kita berniat ke Madinah terlebih dahulu deangn menaiki bas dari Jeddah dan tidak memasuki.Mekah. Apakah hukumnya Ustaz, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum umrah yang telah dilaksanakan adalah sah tanpa ragu-ragu samada memasuki Mekah dahulu atau Madinah. Jika memasuki Mekah terlebih dahulu, maka niat ihram di dalam kapal terbang setelah melintasi tempat miqat (Qarn Manazil). Manakala jika memasuki Madinah terlebih dahulu, maka niat ihram adalah di tempat miqat (Bar Ali).
Wallahu 'alam
Sekian, terima kasih.