BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...sy ingin brtnya...adakah jatuh talak jika suami tidak pasti melafazkan cerai itu di dalam mimpi atau tgh sedar...kerana ketika itu suami sedang tidur...mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya suami tidak pasti melafazkan cerai sama ada di dalam mimpi atau ketika sedar sedangkan ketika itu dia sedang tidur, dalam perkara ini seandainya benar suami tidak mengetahui atau tidak mengingati perkara tersebut, maka talak tidak berlaku.

Untuk mendapatkan kepastian, suami boleh merujuk perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berbidangkuasa menentukan sah atau tidak suatu lafaz talak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image