BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah. saya ade persoalan. kalau keluarga tunang saya ajak bercuti sama2 (tidak berduaan). adakah ia salah? & apakah hukum kalau saya ikut bercuti?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, mengikut keluarga tunang pergi bercuti tidaklah menjadi kesalahan jika pergi bersama mahram saudari. Haram hukumnya jika pergi bersendirian (tanpa mahram). Memandangkan tiada ikatan yang sah disisi syarak (pernikahan), maka ia boleh menimbulkan fitnah dan seumpamanya. Menyelamatkan diri dari fitnah lebih-lebih lagi di akhir zaman ini adalah lebih utama dilakukan dan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara. Sentiasalah melakukan amal soleh sebanyak-banyaknya tambahan pula saudari ingin "mendirikan masjid" bersama pasangan tersebut kelak.  

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

 بادروا بالأعمالِ فتَنًا كقطعِ اللَّيلِ المظلمِ ، يصبحُ الرَّجلُ مؤمنًا ويمسي كافرًا ، ويمسي مؤمنًا ويصبحُ كافرًا يبيعُ أحدُهم دينَهُ بعرضٍ منَ الدُّنيا

Maksudnya: "Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia." (Riwayat al-Tirmizi)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image