BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Maaf bertanya. Menerusi soalan pada tahun 2019 iaitu adakah suami isteri dalam tempoh iddah boleh tinggal sekali jika tidak berkemampuan yang pernah dijawab melalui jabatan mufti ini iaitu suami isteri blh tinggal bersama semasa tempoh iddah dengan syarat jaga adab dan pergaulan serta tidak bergaul sebagai suami isteri, adakah jawapan tersebut masih boleh digunapakai?

jika masih boleh, adakah menjadi kesalahan khalwat yg akn dikenakan oleh jabatan agama islam bagi pasangan yg tinggal bersama dlm tempoh iddah? jika ya, bagaimana pula jika ada ahli keluarga yg lain tinggal bersama? 

ada ulama yg mengatakan bahawa dalam tempoh iddah, isteri masih dikira isteri dan masih mahram. jadi adakah apabila duduk bersama imasih boleh membuka tudung selagi masih dalam iddah?

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, apabila berlakunya perceraian, maka haram bagi suami tinggal bersama-sama dengan bekas isterinya dalam sebuah rumah atau masuk ke dalam rumah yang di diami bekas isterinya tanpa rujuk, walaupun dalam iddah talak raj’ie, kerana dikhuatiri akan menjurus kepada perbuatan khalwat. Suami juga diharamkan berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk.

Puan boleh juga merujuk jawapan kami di https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=1516

Pasangan yang telah bercerai dan tinggal bersama dalam tempoh iddah tanpa rujuk yang sah, maka mereka boleh disabitkan bersekedudukan sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 132(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image