Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asalamualaikum Tuan,saya mempunyai masalah dalam bab najis.Ketika seekor anjing telah tertidur di hadapan pintu rumah saya lalu anjing tersebut telah meninggalkan bekas kotoran yg berbau busuk.Selepas itu,saya membersihkan tempat tersebut dgn cara menyertu,kemudian saya mop tempat tersebut selepas saya telah menyertunya.Namun begitu saya masih was was kerana mop yg digunakan mungkin terkena najis disebabkan cara penyucian yg kurang sempurna diawal dan mop tersebut telah saya gunakan untuk membersihkan lantai rumah saya.persoalannya apakah lantai rumah saya dikira najis hukmi?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa najis hukmi ialah najis yang telah hilang sifatnya. Justeru, ia tidak berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Adapun perbuatan sertu tersebut telah memadai dan mop tersebut adalah suci untuk digunakan dengan syarat telah membersihkannya (menyucikan seperti biasa). Kaedah fiqh ada menyebutkan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Justeru itu, perlu yakin dan mengambil sikap tidak peduli akan perasaan was-was tersebut.
Sekian, terima kasih.