BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz. 

beberapa bulan yang lepas saya dan isteri ada pertelingkahan disebabkan ipar2. Semasa saya sedang marah saya ada bagi tahu pada isteri "KAU PEGI DUDUK DENGAN ADIK BERADIK KAU, KAU TAK PAYAH DUDUK DENGAN AKU LAGI" . selepas seminggu kami berbaik semula dan jalani kehidupan suami isteri seperti biasa tapi kebelakangan ini hati saya jadi tak tenteram . Adakah jatuh talak dengan ayat saya itu. mohon pencerahan ustaz. 

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada ayat "KAU PEGI DUDUK DENGAN ADIK BERADIK KAU, KAU TAK PAYAH DUDUK DENGAN AKU LAGI", ia boleh jadi lafaz kinayah. Iaitu sekiranya suami berkata sedemikian dengan niat cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak. Tetapi jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak berlaku. Ia bergantung kepada niat suami semasa melafazkannya. Namun, saudara boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk penjelasan selanjutnya.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image