BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asalammualaikum ustaz..sy ada soalan ingin bertanya..saya seorang janda dan mempunyai dua ank lelaki ..dan sy telah berkahwin lain..soalan sy, adakah ibu mertua ( nenek tiri )  sy dan kakak ipar sy mahram kepada ank lelaki sy? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ibu mentua tiri dan kakak ipar tiri kepada anak lelaki puan dikira sebagai bukan mahram kepada anak lelaki puan kerana mereka merupakan ibu kandung dan kakak kandung kepada suami (bapa tiri anak lelaki) yang tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan anak lelaki puan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image