Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tn mufti
Bolehkah menyimpan (membuat koleksi) topi yg ada tertulis perkataan 'Lord of the Rings' ? atau bolehkah memakainya?
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan, membuat koleksi atau memakai topi yang bertulis "Lord Of The Rings" adalah dibenarkan dengan syarat tiada sebarang imej yang menunjukkan agama atau kepercayaan lain. Bahkan memakainya hanya kerana meminati filem tersebut dan bukan pula mempercayai kepercayaan filem tersebut.
Sekian, terima kasih.