Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya terguna baldi yang terkena jilatan anjing kerana tidak tahu. Adakah air yang saya guna dari baldi tersebut najis mughallazah. Adakah saya kena sertu semua bekas dan alatan yang terkena air dari baldi tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika yakin nampak anjing jilat baldi tersebut, maka permukaan jilatan tersebut dianggap terkena najis mughallazah. Jika tidak melihat akan keadaan tersebut maka sesuatu itu tidak dihukumkan berdasarkan keraguan atau andaian semata dan baldi masih suci.
Memandangkan semasa menggunakan baldi itu dalam keadaan tidak mengetahui perkara tersebut, maka ia dimaafkan.
Sekian, terima kasih.