Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam.
Saya bekerja di sekolah. Selalu tetnampak seorang murid bangsa asing makan makanan yg mengandungi babi. Saya khuatir dalam berkomunikasi dengannya (selepas waktu makan) air liur dia terpercik pada saya. Kadangkala jarak kami agak jauh. Akan tetapi saya terasa macam ada percikkan air liurnya walaupun dari jarak jauh. Saya tak tahu bahawa itu cuma perasaan saya. Sebab saya sering juga ada rasa tingling sensation bila jalan di hadapan gerai cina atau tempat yg ada anjing. Adakan tingling sensation itu perasaan saya sahaja?
Mohon penjelasan.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, percikan air liur tidak dikira sebagai najis melainkan jika terdapat padanya ain atau fizikal najis secara jelas. Justeru, puan tidak perlu berasa risau tentang kenajisan yang berlaku pada percikan air liur tersebut. Selain itu, puan hanya berasa syak wasangka, perasaan syak wasangka sewajarnya tidak perlu dilayan. Justeru, ambil lah jalan yakin selagi ia tidak terlihat secara zahir terdapat zat najis tersebut. Hal ini kerana kaedah fiqh menyebut :
Maksudnya : Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak.
Berdasarkan kaedah fiqh di atas jika puan hanya sekadar syak. tidak pasti, atau tingling sensation maka tidaklah jatuh sebarang hukum padanya.
Sekian, terima kasih