BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada 2 persoalan.

1. Adakah boleh utk solat jamak walaupon tidak melebihi 2 marhalah kerana setahu saya 2 marhalah adalah syarat utk qasar

2. Saya ada buat part time grab food di mana jarak saya menghantar makanan boleh mencecah melebihi 2 marhalah. Persoalan saya adalah boleh ke utk melakukan solat jamak qasar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

Soalan 1: Dalam solat jamak terdapat pandangan ulama mengenai sebab-sebab yang membolehkannya. Antaranya disebabkan bermusafir, keadaan hujan,  sakit dan lain-lain. Namun begitu, dalam yang muktamad dalam mazhab Syafie, solat Jamak hanya mengehadkan keharusan solat Jamak kerana musafir dan hujan. Justeru, pelaksanaan solat Jamak kerana selain daripada yang disebutkan dalam mazhab Syafie perlu mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada para guru/ustaz agar ibadah yang dilakukan tidak tersasar.

Soalan 2: Antara syarat yang dibenarkan untuk qasar solat adalah:

1) Melibatkan solat fardhu 4 rakaat seperti zohor, asar dan isyak.

2) Menentukan terlebih dahulu destinasi yang hendak dituju.

3) Permusafiran itu sesuatu yang harus bukan tujuan maksiat.

4) Jarak permusafiran 2 marhalah ( 81 KM).

5) Masih berada dalam keadaan bermusafir.

Justeru, jika seorang pekerja grab food itu telah mempunyai tujuan destinasi yang telah ditetapkan dan mencukupi 81KM di antara (titik permulaan dan lokasi paling jauh), maka diharuskan baginya untuk mengambil rukshah melakukan solat secara jamak qasar. Namun, jika seseorang rider tersebut ke pelbagai tempat yang berdekatan sahaja tanpa mempunyai satu job yang mencukupi jarak 2 marhalah, sebagai contoh perjalanan tersebut hanya sekitar kawasan Shah Alam namun apabila dikira-kira dan digabungkan jumlah trip menyebabkan jarak mencukupi 2 marhalah dalam sehari itu, maka dia tidak diharuskan qasar (dan jamak) kerana tiada satu tempat tujuan yang ditetapkan yang melangkaui 2 marhalah.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image