BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamulalaikum Jabatan Mufti Negeri Selangor. Saya ada soalan:

Isteri saya bersalin pada 24 October 2024 dan dah lepas tempoh nifas maksimum 60 hari. Pada hari ke 61, masih keluar darah. Yang ni saya rasa darah istihadah. Jadi isteri saya solat seperti biasa. (Betulkan saya kalau salah)

Persoalannya, adakah ada tempoh maksimum darah istihadah? 

Sampai bila darah istihadah ni akan dikira sebagai istihadah dan bukan haid? Kerana kami tak dapat bezakan sifat darah istihadah dan haid.

Ketika tempoh nifas, kami juga rasa darahnya berterusan dan kami tak pasti bagaimana nak tau yang mungkin dalam tempoh 60 hari nifas tu, sebenarnya darah ada berhenti sekejap. 

Boleh minta tolong Jabatan Mufti Negeri Selangor terangkan apa yang perlu kami buat dalam situasi ini? 

Terima kasih atas pencerahan. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa tempoh nifas menurut Ibn Hajar al-Haitami adalah:

"Tidak ada had tempoh minimum bagi nifas, iaitu tidak dapat diukur, ia dilihat sekadar apa yang telah didapati, sekalipun nifas itu sangat sedikit, tetapi kadar yang lebih sesuai bagi tempoh minimum ialah sedetik. Dan sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaan tempoh nifas ialah 40 hari."

Maka, sekiranya darah tersebut keluar melebihi tempoh 60 hari, maka hukumnya adalah seperti berikut:

  • Sekiranya darah tersebut bersambung dan tidak berhenti walaupun sedetik, maka ia dihukumkan sebagai darah isitihadah iaitu hendaklah melihat kepada salah satu ciri-ciri istihadah.
  • Sekiranya darah tersebut berhenti sekalipun sedetik maka darah selepasnya dihukumkan sebagai darah haid.

Selain itu, istihadah boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri berikut:

  • Keluar darah sebanyak 2 kali yang diselangi oleh tempoh suci yang kurang 15 hari
  • Keluar darah selepas tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari
  • Keluar darah kurang daripada 24 jam
  • Keluar darah sebelum umur 9 tahun
  • Keluar darah selepas tempoh 60 hari nifas

Daripada ciri-ciri tersebut, dapat disimpulkan bahawa istihadah ialah darah yang keluar bukan waktu kebiasaan haid mahupun nifas atau dengan kata lain pada tempoh suci. Seterusnya, bagi membezakan antara istihadah dan haid adalah mengenal pasti kaedah kiraan suci antara dua haid:

  • Tempoh paling minimum suci ialah 15 hari (أقل الطهر). Ketentuan ini diukur daripada tempoh sebanyak-banyak darah haid iaitu 15 hari ( أكثر الحيض). Ini berdasarkan kajian (istiqra’) daripada Imam Syafie.
  • Tempoh suci kebiasaan majoriti wanita adalah 23 hari (الطهر غالب). Ketentuan tempoh suci kebiasaan berdasarkan haid yang yang kebiasaan datang selama 7 hari (غالب الحيض )
  • Tempoh maksimum suci tiada had kerana kadang-kadang ada wanita yang haidnya dalam sebulan hanya sehari semalam sahaja iaitu 24 jam dan ada juga sekali dalam enam bulan.

Tempoh haid pertama

Tempoh suci

 

 

 

 

 

 

 

 

Haid kedua

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

 

minimum suci 15 hari

-kebiasaan suci 23 hari

-maksimum suci tiada had

 

 

Antara ciri-ciri istihadah ialah keluar darah selepas tempoh maksimum haid atau keluar darah 2 kali diselangi masa suci 15 hari atau darah kurang 24 jam.

Maksimum haid 15 hari

 

Kebiasaan haid 7 hari

 

24 jam

 

Oleh itu, situasi yang dinyatakan dikira istihadah dan isteri wajib menunaikan solat fardu dengan memakai tuala wanita selepas mencuci alat sulit, kemudian mengambil wuduk pada setiap masuk waktu fardu. Satu wuduk untuk satu solat fardhu dan boleh berbilang ibadah sunat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image