BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

A.salam Jabatan Mufti negeri Selangor,

Saya dari Singapura.Saya ada soalan berkaitan muamalat kewangan.

Adalah halal untuk bekerja di bawah jabatan Operasi Perdagangan bagi syarikat yang mengeksport atau mengimport barangan halal, namun syarikat tersebut menggunakan (Letter of credit) dengan riba untuk mengeksport atau mengimport barangan mereka?

Sekain terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan, Rasulullah SAW turut bersadba:

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.  (Riwayat at-Tabrani)

Hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن الحلال بين وإن الحـرام بين

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Letter Of Credit adalah proses pembayaran dalam urusan perdagangan import dan eksport. Fungsi lain dari Letter Of Credit  juga adalah sebagai bank menjamin pihak pengeksport untuk menerima pembayaran yang sesuai seperti kesepakatan di awal dengan pihak pengimport. Jika diteliti Letter Of Credit  ini sekiranya menawarkan pilihan jenis islamik atau datangnya dari perbankan Islam adalah wajib menggunakan perkhidmatan daripadanya. Namun difahamkan tiada Letter Of Credit  yang berlandaskan Syariah. Oleh yang demikian, selagi mana tiada di pasaran berkaitan Letter Of Credit patuh Syariah, keringanan diberikan untuk melanggan jenis sedia ada dengan mengambil kira Letter Of Credit sebahagian penting dalam urusniaga import dan eksport.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image