Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum...
1.Saya OKU dan sekarang bedridden.Saya tidak bekerja dan tiada pendapatan.Perbelanjaan saya ditanggung oleh abang saya.Saya ada duit dalam ASNB.Duit itu saya tidak pernah pakai sebab kesukaran saya untuk ke bank untuk buat pengeluaran.Bagaimana cara pengiraan zakat ke atas duit itu sebab saya sndiri minta duit untuk belanja dari adek beradek.
2. Saya membantu ayah saya membuat rumah sewa.Sebelum membuat rumah sewa itu ayah bercakap bahawa rumah yang akan dibuat ini akan diberi satu blok kepada saya dan satu blok kapada ibu.Satu blok ada 4 pintu rumah sewa.Saya membantu dengan menjaga budak kerja setiap hari dari awal pembuatan rumah hingga rumah siap selama lebih kurang 10 bulan,mencari barang hardware dan sebagainya.Ibu pula masak nasi menjaga makan minum pekerja seramai lebih kurang 10 orang.Saya dan ibu tidak pernah diberi gaji sepanjang pembuatan rumah.Selepas rumah siap ayah tidak beri seperti yang di cakap,selepas diminta ayah hanya beri sebiji dari rumah itu sahaja.Adakah rumah itu menjadi hak saya sebab ayah yang bercakap hendak beri sebelum rumah dibuat sedangkan saya xpernah mnta.Bolehkah saya menuntut rumah itu selepas ayah meninggal sekiranya menjadi hak saya.Sekiranye saya tidak dapat saya pun tidak mahu buat rumah itu dari awal.Ibu telah meninggal dunia.adakah rumah itu masuk di bawah faraid.
Terima Kasih
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1. Dalam Islam, individu yang tiada pendapatan dan bergantung kepada bantuan orang lain untuk keperluan asas boleh dianggap tergolong dalam asnaf fakir atau miskin. Jika seseorang itu termasuk dalam golongan ini, individu tersebut tidak diwajibkan membayar zakat, bahkan layak menerima zakat.
Berkaitan dengan zakat simpanan dalam ASNB jika sesuatu simpanan telah cukup nisab dan haul, maka zakat wajib ditunaikan. Namun begitu dalam keadaan kita tidak mampu mengeluarkannya sendiri, zakat boleh ditunaikan oleh waris dengan menggunakan duit dari simpanan ASNB itu sendiri. Cara pegiraan zakat ASNB boleh rmeujuk kepada pautan berikut: https://www.zakatselangor.com.my/keputusan-syariah-zakat/pengiraan-zakat ASB.
2. Berkenaan dengan, janji lisan seorang ayah sebelum rumah dibina – Dalam Islam, janji lisan boleh dianggap sebagai hibah (hadiah), tetapi mesti ada pemindahan hak milik atau dokumentasi yang menjadi bukti secara sah sebelum ia dikira milik penerima. Jika tiada dokumen pemilikan, rumah tersebut tidak boleh dituntut melainkan perlu difaraid setelah kematian bapa.
Sekian, terima kasih.