BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam tuan/puan,

Kawasan perumahan saya ada masalah isu kucing tidak bertuan, tp ada jiran-jiran yang memberi makan.

Isunya adalah kucing-kucing tersebut hampir setiap hari membuang najis di atas rumput carpet artificial di halaman rumah saya. Menyebabkan sukar untuk dibersihkan. Disebabkan itu,,bau najis juga menyusup masuk ke dapur, sampai tak lalu nak masak.

Berbagai cara telah dicuba tetapi gagal:

- ultrasonic device

- spray myk tanah, letak sabun, dan segala petua pendek ceritanya

- cubaan utk menangkap supaya boleh dibuang menggunakan sangkar atau mengejar, gagal juga.

- sudah dipanggil jabatan kawalan haiwan, juga tidak dapat ditangkap kerana pandai pulak kucingnya menyorok bila rondaan dilakukan.

Jadi, dalam Islam, apakah lagi yang patut dibuat memandangkan semua cubaan untuk membasmi/menghalau kucing ini menemui jalan buntu. 
 

Sebenarnya penduduk sekitar juga telah byk complaint tentang kucing tiada tuan yang kadang2 membuang najis di hadapan premis restoran, mengundang bau busuk dan lalat. 
 

saya rasa ianya telah menjadi isu kesihatan juga.

Mohon pendapat tuan yang lebih arif penyelesaian yg sepatutnya.


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, pihak Kerajaan Negeri Selangor bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan beberapa langkah inisiatif  untuk menangani isu kucing terbiar sepertimana yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023. Sebagai rujukan disertakan pautan mengenai isu ini untuk keterangan lanjut dan makluman https://dewan.selangor.gov.my/question/menangani-isu-anjing-dan-kucing-terbiar/

Sehubungan itu sila berkunjung ke Pihak Berkuasa Tempatan berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan inisiatif yang dikongsikan di atas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image