BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang ingin menamakan anak lelaki saya yang bakal lahir tidak lama lagi. Saya berniat utk menamakan sebagai SAIF HIZQEEL. Maksud Saif merupakan pedang, dan Hizqeel bermaksud Allah/Tuhan memberi kekuatan. Asal usul nama Hizqeel melalui pembacaan saya yg sangat terhad, ialah merupakan nama seorang nabi. Ada juga berpendapat ia adalah nama lain bagi Nabi Zulkifli. Soalan saya, adakah gabungan nama tersebut mempunyai maksud yg baik dan boleh digunakan utk saya menamakan anak saya? Hal ini, saya pernah merujuk pada seorang Ustaz dan dinasihati oleh beliau utk mencari nama lain tetapi tidak menjelaskan lebih kenapa tidak boleh.

Jazzakallahu Khairan Khatira.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Nama Hizqil atau Hazqil (حزقيل) ada disebutkan dalam riwayat tertentu seperti yang diriwayatkan oleh al-Tabari dalam Tafsir dan Tarikh beliau. Begitu juga yang diriwayatkan oleh Abu al-Syakh dalam al-Azamah. Berdasarkan kepada riwayat, Hizqil merupakan seorang Nabi kepada Bani Israel. Kisah beliau terkenal sebagai Nabi yang dapat membangkit orang yang telah mati dengan keizinan Allah SWT. Akan tetapi kisah berkaitan Hizqil kesemuanya adalah israiliyyat. Selain itu, tiada nas mahupun riwayat yang menyebutkan secara jelas Hizqil adalah Nabi Zulkifli. Nama Hizqil juga bukan daripada bahasa Arab. Oleh itu, setakat carian terkini tidak dijumpai apakah maksud nama ini.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, seeloknya berilah nama anak dengan nama yang lebih diketahui baik maksudnya dan sumbernya seperti nama-nama Nabi dan Rasul yang disebutkan dalam al-Quran, nama-nama Nabi Muhammad SAW mahupun nama-nama Sahabat RA dan nama-nama orang soleh. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 60

message user image