BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t tuan/puan.

Saya ingin bertanya, adakah dibenarkan dalam Islam jika sebuah kelab kebajikan yang memperoleh sumber kewangannya daripada ahli-ahlinya, yang terdiri daripada Muslim dan bukan Muslim, membuat pembayaran sumbangan tunai kepada seorang ahli beragama Hindu untuk menunaikan ibadat di Sungai Ganges?

Mohon pencerahan jua.


Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan :

Orang Islam dilarang untuk membantu kepada perkara-perkara maksiat. Merujuk kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

MaksudnyaDan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Tidak dibenarkan dalam Islam menggunakan duit kebajikan kelab yang bercampur ahlinya bagi melakukan perkara ibadat orang bukan Islam. Adalah sebaiknya kakitangan bukan Islam membina sebuah tabung sumbangan yang lain untuk perkara ibadat orang bukan Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image