BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

"KALAU ABANG JEJAK KAKI LAGI KER KEDAI SHISHA KITA CERAI" adakah itu menjadi taklik atau ayat pemberitahuan? Dalam Hati suami tiada niat nak cerai, sebab ada penceramah cakap kalau cakap kita telah atau sedang bercerai baru lah talak jatuh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umum talak taklik bermaksud mengaitkan jatuh atau berlaku talak dengan sesuatu perkara. Seperti ucapan suami kepada isteri: "Jika saya hisap shisha, maka kau tertalak". Jika perkara tersebut berlaku, maka talak pun jatuh.

Merujuk kepada pertanyaan tuan : Lafaz "Kalau abang jejak kaki lagi ke kedai shisha kita cerai". Ia bukanlah lafaz talak taklik. Sebaliknya ia hanyalah suatu perkhabaran atau akuan suami sekiranya suami pergi ke kedai shisha, maka mereka akan berpisah atau bercerai. Ini bermakna, sekiranya suami pergi ke kedai shisha dan mahu menceraikan isterinya, dia perlu melafazkan cerai kepada isteri selepas itu.

Untuk mendapat kepastian dan maklumat lanjut puan boleh adukan perkara tersebut kepada Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat di mana puan tinggal dan membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berhampiran..

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image