BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum . Sy ingin bertanya dan mahukan pendapat. Sy ada seorang kwn, sebelum dia nikah, dia  telah mengandung 4 bulan, tetapi bukan dari hasil bakal suami dia. Pada bulan lepas, dia telah melahirkan anaknya. Suaminya menyuruh dia supaya memberi anak itu pada org lain kerana itu bukan dari benih suaminya, dan juga kerana ingin menjaga aib masing2. Kawan sy pada mulanya teragak-agak kerana persaan syg pada anaknya itu. Jadi, sy ingin pendapat adakah dia patut akur pada suaminya dan beri anaknya itu pada org lain atau adakah dia punyai hak untuk menjaga anaknya itu walaupun dihalang oleh suaminya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Di dalam Islam hak hadhanah atau hak jagaan bagi anak yang tak sah taraf adalah pada ibu atau saudara-mara ibu. Ini bermakna kawan saudari memang ada hak terhadap anak tersebut. Adapun berkaitan arahan suami perempuan itu agar anak tidak sah taraf tersebut diberikan kepada orang lain, ia tidak wajib ditaati kerana tanggungjawab menjaga anak tersebut adalah terletak kepada si ibu menurut hukum syarak. Ketaatan isteri terhadap arahan suami adalah selagimana arahan suami itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Berbincanglah dengan penuh harmoni serta penuh toleransi dan jadikanlah hukum syara sebagai landasan dan panduan, agar apa yang diputuskan itu selaras kehendak agama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image