BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1. Adakah cadar yang tekena najis perlu diasingkan dari tilam untuk menyucikannya.

2. Saya menyucikan cadar tersebut tanpa menanggalkan dari tilam dan selepas kering terus dibuat tidur, adakah ianya dikira suci atau najis itu berpindah ketika saya baring berpeluh atau dalam keadaan basah


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa. 

Merujuk kepada persoalan tuan,

1) Cadar yang terkena najis tidak wajib diasingkan dari tilam untuk disucikan, tetapi semasa menyucikan tempat yang terkena najis hendaklah dipastikan air basuhan tidak terkena pada tilam. Namun, jika ada risiko air basuhan menyebarkan najis ke tempat lain (seperti tilam), lebih baik cadar diasingkan untuk memudahkan proses penyucian dan mengelakkan kekeliruan.

2) Jika cadar telah disucikan dengan betul sehingga hilang warna, bau, dan rasa, ia telah dikira suci. Najis tidak berpindah hanya kerana peluh atau keadaan basah, kerana najis telah hilang sepenuhnya semasa proses penyucian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image