BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Bagaimana cara cuci faraj bagi seorang perempuan yang mengalami keputihan ketika waktu berpuasa? Adakah dengan memasukkan jari ke dalam rongga kemaluan membatalkan puasa walaupun bertujuan untuk menyucikan dari sisa2 keputihan yang melekat dibibir-bibir faraj. Jika tidak berbuat demikian, saya dapat merasakan keputihan tetap ada di bahagian faraj dan merasakan tidak bersih.

terima kasih di atas jawapan ustaz.


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) merupakan antara rongga yang terbuka. Had yang membatalkan puasa ialah had batin. Keputihan adalah najis dan membatalkan wuduk kerana ia keluar daripada had batin faraj (tempat yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak). Apabila cecair keluar daripada kawasan faraj yang tidak wajib dibasuh ia dinamakan ( رطوبة جوفية). 

Selain itu, di dalam kitab al Umm karangan Imam Al-Shafie menyatakan bahawa:

كُلِّ مَا خَرَجَ مِنْ ذَكَرٍ مِنْ رُطُوبَةِ بَوْلٍ، أَوْ مَذْيٍ أَوْ وَدْيٍ أَوْ مَا لَا يُعْرَفُ، أَوْ يُعْرَفُ فَهُوَ نَجِسٌ كُلُّهُ مَا خَلَا الْمَنِي

Setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar daripada  kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani. Ini bermakna sekiranya cairan keputihan datang daripada dalam faraj selain mani, maka statusnya adalah najis.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan. kaedah membersihkan faraj adalah dengan duduk mencangkung dan apa yang terzahir daripada anggota badan itu semua dikira had zahiir yang wajib dibasuh. Tidak perlu membasuh di bahagian yang tersembunyi hinga perlu  memasukkan jari ke dalam rongga kerana ia akan membatalkan puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image