BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Tuan pegawai jabatan mufti yg dirahmati Allah. Saya ingin bertanya, apakah hukum mengupah penoreh getah, dan upahnya ialah 50 peratus dari hasil jualan getah tersebut. Mohon Tuan dapat memberi pencerahan kepada saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum mengupah penoreh getah adalah harus. Tentang kadar upahnya sebanyak 50% daripada jualan getah jika telah dipersetujui semasa akad (ijab dan kabul), maka ia adalah harus. Namun, yang lebih tepat ialah tidak bergantung kepada hasil jualan, kerana upah disini adalah disebabkan satu kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 139

message user image