BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang isteri senang masuk syurga jika dia menjaga solat puasa dan taat kepada suami. Bagaimana kes yang begini suami suruh isteri tinggal dengan mertua kini telah masuk setahun tapi dia tidak tinggal sekali dengan isteri juga tidak beri nafkah kepada kami semua di uruskan oleh mertua. Dimanakah ketaatan isteri pada suami yang sebegini. Adakah senang masuk syurga bila suami tak balik2? Mohon pencerahan, wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam konteks hidup berumahtangga, suami dan isteri perlu saling menunaikan tanggungjawabnya diantara satu sama lain. Ketaatan pada suami juga perlulah pada perkara yang tidak menyalahi syarak. Sebaiknya, isteri hendaklah minta penjelasan suami berkenaan perkara ini dan tindakannya. Sedangkan kewajipan memberi nafkah adalah tanggungjawab suami. Sekiranya perkara ini masih berterusan dan berpanjangan, puan disarankan membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tempat tinggal untuk diambil tindakan yang sewajarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 190

message user image