BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya nak bertanya,saya ada basuh 2 sejadah.selepas basuh dan dikeringkan.saya dapati sejadah tersebut ada najis mughallazah adakah kedua-dua sejadah tersebut menjadi najis atau sejadah yang ada najis itu sahaja ada najis .Selain itu, adakah tangan saya dikira najis sebab saya pegang  sejadah yang basah selepas sejadah itu dibasuh itu untuk dijemur.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

1) Sejadah yang lain (tidak terkena najis secara langsung):

Jika hanya satu sejadah yang terkena najis mughallazah (najis berat seperti anjing atau babi), sejadah yang lain tidak menjadi najis melainkan ada bukti nyata bahawa najis itu berpindah kepadanya (contohnya melalui basuhan bersama dalam keadaan basah yang memungkinkan najis berpindah).

2) Tangan yang memegang sejadah basah:
Tangan anda tidak dikira najis kecuali ada bukti jelas bahawa najis mughallazah telah berpindah pada tangan anda. Sekiranya tiada kesan najis seperti bau, warna, atau kesan lain yang nyata, maka tangan anda dianggap suci.

3) Apa yang perlu dilakukan?

  • Sejadah yang terkena najis mughallazah perlu disucikan mengikut cara sertu (basuhan 7 kali, salah satunya dengan air bercampur tanah).
  • Sejadah lain dan tangan anda dianggap suci jika tiada bukti nyata perpindahan najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image