Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang doktor haiwan, setiap hari saya akan mengambil kes melibatkan anjing. Soalan saya, adakah saya perlu menyertu pakaian saya setiap hari?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang ditanyakan, hukum asal sesuatu perkara/benda itu adalah suci sebagaimana kaedah Fiqah ada menyatakan:
Bermaksud: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.
Ini bermakna sesuatu tempat atau barang adalah suci sehingga diyakini tempat atau barang itu terkena najis. Yakin terkena najis bermaksud mengetahui dengan melihat terdapatnya ain najis berkenaan. Tempat yang wajib dibersihkan dan disertu adalah tempat di mana ain najis itu berada samada pada pakaian, anggota badan atau peralatan.
Dalam Islam, najis mughallazah (najis berat) seperti anjing perlu disertu jika terkena kulit atau pakaian dalam keadaan basah. Jika hanya menyentuh anjing dalam keadaan kering, sertu tidak diperlukan. Namun, jika ada air liur atau bahagian tubuh anjing yang basah terkena pakaian atau kulit, maka ia perlu disertu dengan air mutlak sebanyak tujuh kali, salah satunya dicampur dengan tanah.
Jika pakaian tidak terkena najis secara langsung atau hanya terkena bulu dalam keadaan kering, maka ia tidak perlu disertu dan boleh dibasuh seperti biasa. Jika ada keraguan, adalah digalakkan untuk menyediakan pakaian khas untuk rawatan dan menukarnya selepas bekerja.
Sekian, terima kasih.