BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Sewaktu menunaikan solat jumaat, saya mendapati di kedudukan saf saya terdapat najis cicak di atas lantai masjid. Kedudukan najis itu dekat dengan saya namun tidak menggangu sujud dan rukuk saya. Saya tidak tahu cara menyingkirkannya kerana di keliling saya terdapat jemaah yang lain.

Adakah batas solat saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, solat tersebut tidaklah batal selagi mana najis tersebut dapat dielakkan dan tidak terkena pada mana-mana anggota badan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image