BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Sohibus Samahah, apa hukum jikalau saya tidak menghiraukan langsung ragu-ragu ketika beribadah sebab saya penat nak melayan nya, adakah saya hanya lakukan ibadah tanpa menghiraukan perkara tersebut? Terima kasih Sohibus Samahah Dato' mufti 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menghiraukan rasa ragu-ragu atau waswas ketika beribadah sangat membantu untuk mendapatkan khusyuk dan keyakinan ketika beribadah. Ragu-ragu boleh mengakibatkan tumpuan seseorang untuk beribadah terganggu. Selagi mana suatu ibadah itu dijaga wajib dan rukunnya, selagi itu tidak perlu ada rasa ragu-ragu dengan ibadah yang dilakukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image