BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ada kawan yg dahlama tak bertegur siapa . Setahu saya saya kami takda bergaduh pun . Tapi tiba tiba dia macamtu . Saya jadi lah bila berjumpa dengan dia  . Bila jumpa di jalan saya hanya tunduk sebab saya segan . Saya taktahu salah saya apa tiba tiba je dia block sosialmedia saya . Dan menjauh dari saya . Saya takda simpan dendam pun sekarang dengan dia , dan tak anggap dia sebagai musuh pun . Ada kah saya diketogeri kan sebgai solat yg tak diterima Allah sebab bergaduh sesama Islam ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jelas dinyatakan bahawa tuan tidak tahu punca ketegangan yang berlaku. Hal tersebut mungkin berlaku kerana salah faham atau sudah lama tidak bertegur sapa. Maka dalam situasi ini, tidak boleh dikategorikan sebagai bergaduh ataupun bermusuhan. Justeru, perkara sedemikian tidaklah sampai memberikan kesan kepada ibadah. Memelihara silaturrahim sangat dituntut dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Maksudnya: Orang yang lebih baik di antara dua orang yang berselisih ialah yang pertama memulakan salam. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Nawawi juga ada menyatakan:

أَنَّ السَّلَامَ يَقْطَعُ الْهِجْرَةَ وَيَرْفَعُ الاثم فيها ويزيله

Maksudnya: Sesungguhnya ucapan salam dapat memutuskan permusuhan (hijrah), mengangkat dosa darinya dan menghilangkannya (dosa tersebut). (Syarh Sahih Muslim, ms. 16)

Disarankan untuk mula bertanya khabar dan mendapatkan kepastian sebagai usaha untuk menghubungkan silaturahim. 

Berkaitan persoalan solat yang dilakukan, perkara tersebut tidak memberi kesan kepada solat kita selagi mana kita memelihara rukun-rukun solat dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image