BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Adakah loan kereta konvesional yang merupakan fix rate patuh shariah

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW turut bersadba:

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.  (Riwayat al-Tabrani)

Sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إن الحلال بين وإن الحـرام بين

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Kadar tetap (fixed rate) dalam sesuatu pinjaman tidak menjadikan pinjaman tersebut patuh Syariah. Selagi mana akad dan struktur pembiayaan tidak berasaskan prinsip Syariah, ia tetap tergolong dalam pinjaman konvensional yang berisiko mengandungi unsur-unsur yang tidak selari dengan hukum Syariah. Oleh itu, elakkan diri dari terlibat dengan pinjaman yang berasaskan pinjaman konvensional kerana ia diharamkan di dalam Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image