BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apa beza surau Jumaat dan masjid dari segi definisi dan hukum-hukum fiqh ibadah berkaitannya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Masjid menurut seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ertinya masjid suatu bangunan:

a) yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam; dan

b) yang penggunaanya sebagai yang sedemikian dibenarkan oleh Majlis di bawah seksyen 98, dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu.

Sehubungan dengan itu, mana-mana surau Jumaat yang tidak diiktiraf sebagai masjid, maka ia tidak dikira sebagai masjid. Oleh itu, tidak sah iktikaf dan solat tahiyatul masjid seseorang jika dilakukan di surau sekalipun surau yang diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat. Iktikaf dan solat tahiyatul masjid hanya sunat dilakukan di tempat yang dikategori sebagai masjid. Walaupun begitu tetap digalakkan untuk melakukan apa-apa sahaja solat sunat dan zikir-zikir di tempat selain daripada masjid seperti di surau atau surau Jumaat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 52

message user image