BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum disini saya ada beberapa soalan pusaka.

Apa hukum harta sepencarian jika isteri sudah bercerai lama(20tahun) dengan suaminya kemudian,selepas kedu2 nya meninggal anak menuntut harta sepencarian ibunya pada harta(tanah) sisuami?adakah boleh diandaikan bahawa si isteri tiada hati utk menuntut semasa hayatnya mengikut bilangan tahun yg agak lama mereka bercerai?Adakah wajar waris menuntut nya kemudian slps kedua2 nya telah meninggal hampir 30thn.Untuk makluman,ini berkaitan isteri kedua Dan waris yang ada hak anak2 Dari isteri pertama Dan kedua.

Bercerai tahun 1972

Meninggal keduanya lebih kurang 1995& 2000

Tahun waris menuntut harta 2024

Harta tanah ni agak lama dibiarkan tanpa dituntut.Baru2 ini waris dah mula membuat proses yg sepatutnya,waris sudah bertingkat kerana terlalu lama.Ada pihak pula seperti ingin mendapat lebih,sehingga membuat tuntutan harta sepencarian pula.Bagaimana pada pandangan tuan?

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara asasnya, sebarang tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli waris pada situasi berikut:

 (a) semasa tuntutan poligami

(b) selepas perceraian

(c) selepas kematian pihak suami atau isteri (oleh ahli waris).

Oleh itu, dalam hal ini para waris berhak menuntut harta sepencarian yang berhak dimiliki mengikut pembahagian faraid yang telah disepakati. Namun begitu, perlu difahami bahawa isteri kedua bagi si mati dan anak-anak daripadanya hanya boleh membuat tuntutan daripada bahagian milik suaminya dan dia tidak boleh menuntut harta sepencarian milik si suami dengan isteri pertamanya kerana itu bukan daripada bahagiannya. Harta sepencarian milik suami dan isteri pertama hanya boleh dituntut oleh waris-waris yang sah seperti anak-anaknya. Oleh itu dinasihatkan agar tuan mendapatkan nasihat guaman daripada pakar perunding harta pusaka atau entiti yang berautoriti seperti Unit Faraid, Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 10, Bahagian Baitulmal, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor atau Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berdekatan bagi menyelesaikan permasalahan ini dengan lebih sistematik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image