BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Duit arwah ayah, emak belikan tanah.

Emak jual tanah tersebut kepada anak-anak.

Macamana hukum dan status tanah.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Jika tanah dibeli oleh ibu menggunakan duit pusaka arwah ayah sebelum dibahagikan mengikut faraid, maka tanah itu masih dianggap sebagai harta pusaka dan perlu mendapat persetujuan semua waris sebelum dijual. Jika semua waris bersetuju, ibu boleh memiliki tanah itu secara sah dan menjualnya. Namun, jika ada waris yang tidak bersetuju, tanah tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum faraid terlebih dahulu sebelum sebarang jual beli dilakukan. Jika wang yang digunakan adalah milik ibu sendiri selepas menerima bahagiannya secara sah, maka ibu berhak sepenuhnya untuk menjual tanah tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image