BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya hendak bertanya, ketika saya hendak mensucikan najis hukmiyah dikatil saya tidak perasan terdapat bangkai pepatung yang kering dan saya pun menyiram air keatas katil adakah katil itu menjadi suci atau saya perlu mengulangi semula kerana bilik saya selalu terdapat serangga walaupun sudah dibersihkan, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pepatung merupakan spesis serangga yang tidak memngalir darahnya dan bangkainya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Cara menyucikan bangkai serangga adalah cukup sekadar membuang atau menyapu bangkai tersebut. Sekiranya masih terdapat kesan maka perlu dilap sebelum dibasuh dengan air mutlak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image