BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada terbau tuala saya dan ada bau macam hancing. Tapi saya masih ragu2 lagi ianya bau hancing atau bau hapak tuala sebabnya takde warna dan rasa ataupun bau hancing yang sebelum ni  saya pernah basuh tuala tu sebab bau hancing. Saya pun dah pakai untuk lap badan lepas mandi. Jadi adakah tuala tu dikira najis dan badan serta pakaian yang saya pakai dikira najis?. Yang pasti saya ada bau pakaian yang saya sedang pakai takde plak bau hancing. Minta pencerahan ust Terima kasih...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuala yang diragukan terdapat padanya bau hancing tidak dikira sebagai najis melainkan jika terdapat padanya ain (fizikal), bau dan rasa najis secara jelas. Justeru, tuan tidak perlu berasa risau tentang kenajisan yang berlaku pada tuala tersebut. Selain itu, tuan hanya berasa syak wasangka bahawa tuala tersebut terdapat najis sedangkan najis tersebut tidak ada. Justeru, ambil lah jalan yakin selagi ia tidak terlihat secara zahir terdapat zat najis tersebut maka ia masih dikira suci. Hal ini kerana kaedah fiqh menyebut :

اليقين لا يزول بالشك

Maksudnya : Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak. Bermakna, jika puan hanya sekadar syak dan tidak pasti, maka tidaklah jatuh sebarang hukum padanya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image