BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan 1, assalamualaikum,saya hendak bertanya bab najis ... Situasi dia macam nie ustaz,saya sudah beberapa kali jelaskan bab najis ( taharah) kepada si A ttg kencing yang tak cuci selepas membuang...tapi si A masih ambil tak endah seperti alar... Si A suka garu kemaluan dia dengan tangan dan selepas itu pegang rambut si B dan pegang tempat lain2 lagi...adakah tempat yang si A sentuh itu saya perlu cuci? 

Soalan 2, tentang najis lagi,si A suka pakai tuala dengan kencing tak cuci lgi,dan kadang kadang tuala terlepas atas katil...sebelum itu si B dah banyak kali tegur n cuci cadar dan lain lain lagi...dalam situasi macam ini apa yang perlu si B buat? Bila tegur kadang kadang bole jadi pergaduhan bab ini


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari,

1)  Jika si A tidak mencuci kencingnya selepas membuang air kecil dan kemudian menggaru kemaluannya yang masih bernajis dalam keadaan basah, najis boleh berpindah ke tangannya. Jika tangan itu kemudian menyentuh rambut si B atau tempat lain dalam keadaan basah, maka kawasan yang disentuh juga perlu dicuci.

Namun, jika si A menggaru dalam keadaan kering, atau menggaru tetapi tidak menyentuh najis maka najis tidak berpindah dan tidak perlu dicuci.

2) Dalam situasi ini, si B perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak dan hikmah dalam menegur si A. Gunakan pendekatan yang lembut dan elakkan daripada menimbulkan pergaduhan. Jelaskan secara logik kepentingan kebersihan dan hukum berkaitan najis dalam Islam. 

Dalam Islam, kebersihan sangat dititikberatkan, tetapi pada masa yang sama, kita juga diajar untuk bersikap tenang dan tidak berlebihan sehingga menyebabkan ketegangan dalam hubungan sesama manusia.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image