Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya :
Memori saya ini tidak berapa bagus dan agak samar dan disebabkan ini saya tertanya bahawa bolehkah saya berasa yakin yang bahawa pada minggu lepas ada najis mutawasitah pada pakaian dan saya telah membasuhnya berdasarkan memori adakah itu dibolehkan atau perlukah saya mencuci semula pakaian itu?
Mohon penjelasan, terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika anda sudah membasuh pakaian tersebut berdasarkan ingatan anda pada minggu lepas, maka pakaian itu dikira suci selagi tiada bukti jelas bahawa ia masih bernajis. Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu mencuci semula pakaian tersebut.
Namun, jika ada keyakinan bahawa basuhan sebelum ini tidak mencukupi atau ada kesan najis yang tertinggal, barulah perlu dicuci semula. Jangan biarkan was-was mengganggu kerana Islam tidak membebankan umatnya dalam urusan kebersihan.
Sekian, terima kasih.