BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt ,

Soalan saya , terdapat individu atau pempengaruh yang menyatakan bahawa sains adalah sihir . Beliau menyebut bahawa ilmu sains adalah sihir kerana terdapat ayat Al Quran yang menyatakan syaitan adalah dikalangan pembina . Beliau menyifatkan ilmu syaitan itu adalah ilmu sains kerana ilmu sains dapat membawa kepada pembangunan Dan kemajuan . Begitu juga dengan kerajaan babilion yang maju dalam pembangunan , kerana dalam Masa yang sama harut Dan marut turun ke bumi mengajar ilmu sihir . Beliau juga mengatakan bahawa sains itu syirik kerana di dalam prinsip keabadian tenaga menyatakan "tenaga tidak boleh dicipta Dan dimusnahkan" . Saya musykil , adakah para ulama tidak menyebut tentang perkara ini ? Adakah benar sains itu sihir?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sains dan sihir adalah dua perkara yang berbeza. Sihir merupakan perbuatan meminta bantuan kepada syaitan untuk melakukan perkara yang manusia tidak mampu lakukan. Sains pula bermkasud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Perbezaan antara sains dan sihir adalah sains hanyalah berdasarkan kepada ujian dan kajian berlandaskan akal dan logik semata. Manakala sihir sememangnya menggunakan syaitan, jin dan unsur mistik lain.

Mempelajari atau menjalankan ujian sains tidak membuatkan seseorang syirik atau kufur selagi beriman kepada Allah SWT. Berbeza dengan sihir yang sememangnya mensyirikkan Allah SWT. Mereka yang mendakwa sains adalah sihir bekemungkinan telah berlaku salah faham terhadap nas al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 87

message user image