BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustz.

Saya ingin bertanyakan mengenai taklik. Suami saya telah melafazkan taklik "sekiranya engkau memanggil aku dengan perkataan babj, maka jatuh talak 1"..kemudian selang beberapa bulan kami telah bergaduh Dan saya telah mengalami tekanan, saya sudah menyuruh dia diam Dan mengugut untuk menyebut perkataan itu namun dia tetap saiko saya lalu saya pn memanggil dia babi. Kemudian setelah seminggu kami pun rujuk semula. Suami melafazkan "aku merujuk engkau kembali menjadi isteri aku dengan sah"(Masih dalam tempoh iddah)..persoalan saya, bahaimana dengan taklik yg Suami telah lafazkan tempoh hari adakah trbatal atau Masih ada . Kerana sepanjang pergaduhan kami, saya ada memanggil dia babi lagi. Saya berharap ustaz dapati membantu saya untuk memperjelaskan status rumahtangga saya. Terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan tersebut, lafaz taklik: "sekiranya engkau memanggil aku dengan perkataan babi, maka jatuh talak 1", adalah lafaz taklik yang sorih, jelas maksudnya. Oleh kerana taklik tersebut telah dilanggar, maka taklik tersebut telah pun luput. Puan hendaklah melaporkan perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan lafaz taklik tersebut. Manakala lafaz rujuk dari suami "aku merujuk engkau kembali menjadi isteri aku dengan sah", hendaklah dilaporkan ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan selanjutnya. 

Perkara berkaitan talak dan rujuk hendaklah dikemukakan terus kepada pihak yang berautoriti mengendalikannya agar tidak berlaku kesalahan dari segi syarak sekiranya ia tidak dilaporkan dan mendapatkan Surat Perakuan Cerai dan Surat Perakuan Rujuk bagi memastikan kedudukan berapa bilangan cerai semasa tempoh perkahwinan. Dengan ini akan mengawal keadaan keharmonian dan berjaga-jaga dalam hal nikah, cerai dan rujuk.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image