BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, maaf saya ingin bertanya, apakah hukum membuat patung crochet (Amigurumi)? Dan adakah dibolehkan untuk menjualnya? Jika boleh untuk menjualnya, adakah beberapa spesifikasi yang perlu diikuti? 

 

Sekain terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Patung corchet (Amigurumi) ialah patung  yang buat menggunakan teknik atau seni mengait daripada benang kapas atau sintetik. Secara umumnya membuat patung menggunakan kaedah ini dengan tujuan permainan mahupun perhiasan adalah diharuskan dengan syarat patung atau objek yang dibuat tidak melambangkan atau boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan atau agama lain seperti lambang salib, syaitan dan sebagainya. Namun ia diharamkan sekiranya tujuan pembuatan patung tersebut adalah dengan niat untuk pemujaan atau diagung-agungkan.

Hukum menjual patung tersebut tertakluk kepada tujuan pembuatannya. Sekiranya untuk tujuan permainan dengan syarat yang dinyatakan tadi, maka diharuskan. Sebaliknya jika tujuan untuk pemujaan, maka hukumnya adalah haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image