Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya..saya seorang pelajar yang belajar di luar negara tetapi saya ada kelas ketika waktu solat..contohnya 9:30-1:30,2-6pm..surau nak pergi pon jauh sedikit dan agak risau terlambat ke kelas lain. Maka apa yang dapat saya lakukan..?
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, boleh cuba usahakan solat di mana-mana tempat yang bersih dan bersesuaian berhampiran dengan kawasan kelas yang akan dihadiri. Hal ini kerana solat boleh ditunaikan di mana-mana sahaja selagi tempat itu bersih, suci dan bersesuaian.
Sekian, terima kasih.