BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adik beradik ibu saya nak melacong ke Thailand dan mempelawa ibu saya untuk ikut bersama. Tapi bapa saya tidak mengizin ibu saya untuk pergi, walaupon tidak membebankan dia. Soalan dia wajarkah dia melarang walaupon tanpa sebab yang kukuh dan ibu saya memang susah lama tidak bercuti bersama adik beradiknya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang maaruf yakni perkara yang baik bukan perkara dosa atau maksiat. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki. (Riwayat Ibn Hibban)

Perbincangan bersama bapa adalah antara cara yang terbaik bagi mendapatkan penjelasan kenapa beliau tidak membenarkan isterinya (ibu tuan) untuk melancong bersama keluarganya. Berbincanglah dengan cara baik, kerana perbincangan yang baik akan membawa kepada rumusan atau keputusan yang benar dan tepat, dan dengan demikian, pihak tuan akan dapat menentukan sama ada alasan yang dinyatakan oleh bapa tuan dalam perbincangan itu wajar atau tidak. Sekiranya tidak wajar bagi tuan, maka berikanlah hujah yang sesuai agar dapat memujuk bapa memberi kebenaran untuk ibu tuan keluar melancong bersama keluarganya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image